Pages

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku berjaya juga untuk meng'update' blogku ini. Bukan apa, sejak akhir2 ni sibuk memanjang. Minggu depan ni pun tempoh AKB 2009 akan bermula. Jadi bermula la masa untuk menyibukkan diri di ofis sampai ke malam. Kemungkinan besar akan tidur di ofis.

Alhamdullillah sepanjang tahun 2009 banyak kenangan pahit dan manis yang aku dapat. Semua tu akan aku kenang sampai bila2. Tahun ni juga aku baru dapat masuk kerja dengan Kerajaan Malaysia yang mana beribu2 orang mengharapkan peluang tersebut.

Tidak lupa juga beberapa perancangan telah di buat untuk tahun 2010. Di harap dapat berjalan dengan lancarnya. Okey, tak tau nak membebel apa lagi..Cuma ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun 2010 akan memberi seribu makna kepada kita semua.

Saturday, October 24, 2009

Oktober yang hampir hilang

Bulan Oktober tak lama lagi akan berlalu, sebagaimana bulan Syawal berlalu. Hari demi hari unit kew bertambah sibuk dengan kerja masing-masing. Aku pun dah lama tak update blog. Minggu lalu baru juga aku menghadiri kursus di INTAN Sabah. Minggu depan pula ada kursus di Uniten, Bangi. Hm..Kalo la boleh memang malas mau pegi tapi apakan daya :D

Kesihatan sejak minggu lalu terjejas sedikit. Demam, migrain, sakit tekak macam2 ada. Diharap tak la berlarutan. Malas jalan jauh2 kalo sakit2 ni. Diharap rakan2 pun dapat menjaga kesihatan. Punca sakit juga disebabkan oleh musim buah dan cuaca yang agak panas dan kering sepanjang minggu lalu. So kalo makan buah durian dan rambutan tu berpada2 la ek..

Adios :D

Tuesday, September 29, 2009

Lepak Time :)

Salam semua. Hm..Sekarang ni masa rest. Tengah tunggu officemate beli bekalan makanan untuk bala tentera kewangan. Hehe. Lambat sangat la. Kebulur sudah ni tau.
Kemarin aku dapat surat tawaran pegi kursus di Intan Sabah. So kena pegi kursus 13 - 16 Oktober ni. Bye-bye ofis. Hehe..
Selamat Makan!!!!

Thursday, September 24, 2009

Salam Aidilfitri




Salam buat semua rakan@silent reader yang beragama Islam. Maaf dan diandaikan belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Raya ni dah lama tak ter'update' blog. Al maklum la bukan kaki blogger yang tegar. Hehe.

Macam mana dengan raya tahun ni? OK tak? Saya balik kampung mak (Sipitang, Sabah). Hari ni baru balik pi KK. Adala dekat 6 hari di kampung. Raya boleh tahan la. Semua OK. Tapi tak sempat ambik gambar. Sebelum balik tadi ada buat kenduri sikit. Kenduri doa selamat sempena adik2 nak ambil periksa (PMR & SPM). Tolong doakan semoga adik2 saya lapang hati dan tenang sempena ambil periksa nanti ya :)

Akhir kata, Jangan Kuat Makan!!!! Adios...


Saturday, September 5, 2009

MV Doulos 2009

Salam semua buat silent readerku. Semalam aku dan keluarga (kecuali adik no. 3 dan bapaku) pergi ke Sabah Port yang lama. Buat pengetahuan rakyat Sabah, Kapal MV Doulos telah berlabuh untuk kesekian kalinya dari 29 Ogos 2009 hingga 21 Sept. 2009. Kami tidak membeli sebarang buku. Mak aku hanya beli keychain sebagai kenangan. Kami saja melawat sebab aku pun dah lama tak naik kapal laut ni. Last masa aku kecil dulu. Kapal perang lagi tu tapi aku tak ingat nama kapal tu. So, jom kita tengok serba sedikit maklumat tentang kapal ni ya.


GBA Ships e.v.

Doulos was purchased in 1977 by GBA Ships e.V. (previously known as Good Books for All), a private, non-profit, charitable organisation registered in Germany.

Over 20 million visitors have been welcomed on board for tours, programmes and visits to the floating book fair. With stops in over 500 ports of call, this unique ship has visited more than 100 countries in including Africa, the Americas, Asia, Australia, Europe, the Middle East and many island nations.

Doulos is recognised in the Guinness Book of World Records as the world's oldest active ocean-going passenger ship.

Sumber : www.doulos.org



Jom tengok pic kami semalam :)




Monday, August 31, 2009

Selamat Pagi :)




Salam semua. Awalkan tulis posting? Hehe. Ada kerja tadi so sambil tunggu turn iron baju, coret la sikit. Hari ni hari kerja so kita kena kerja bersungguh2 walaupun dalam bulan ramadan. Anggaplah setiap apa yang kita lakukan adalah ibadah. Ok saya kena chow dulu. Jangan ponteng puasa tau. Salam.....

Sunday, August 30, 2009

SALAM MERDEKA KE-52



Salam Merdeka dan Salam 1 Malaysia diucapkan buat seluruh rakyat Malaysia. Bersyukur ke hadrat-Nya kerana kita telah dianugerahkan sebuah negara yang aman damai. Jauh dari sebarang peperangan, kebuluran dan kemisikinan. Mungkin ada tapi semuanya masih dalam keadaan yang boleh dikawal. Diharap agar Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang terus berkembang dan setanding dengan negara luar. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara kita maju dan terkenal di mata dunia.

MERDEKA!!

MERDEKA!!

MERDEKA!!